Sessions, Roger (18961985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). |