Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MONYET | Monyet adalah satu daripada banyak jenis mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi. Kecerdikan monyet membolehkannya menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran. Oleh sebab persamaan antara monyet dengan manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh). | UMUM | |
METAMFETAMIN | Metamfetamin ialah dadah kuat yang digelar sebagai speed. Dadah ini dengan pantas menimbulkan rasa ghairah, kuat dan cergas. Metamfetamin memberikan penagihnya keupayaan untuk bekerja dan bercakap dalam jangka masa yang panjang. Penyalahgunaan metamfetamin boleh membahayakan dan dadah ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor. Metamfetamin merupakan salah satu kumpulan dadah yang dipanggil amfetamin. | UMUM | |
ZIONISME | Zionisme ialah satu gerakan politik penjajah yang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena) orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatik perkauman. Gerakan ini ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah orang Yahudi serta membuka jalan kepada mereka untuk kembali ke tanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin, yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka yang sah dari segi sejarah dan agama. Atas keinginan inilah, mereka bergerak cergas bermetodekan penjajahan untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin. | UMUM | |
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA | PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Womens Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
MUSA HITAM, TAN SRI | MUSA HITAM, Tan Sri (1934- ), ahli politik, Timbalan Perdana Menteri (1981-1986). Dia lahir pada 18 April 1934, di Johor Bahru, Johor. Musa mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Dia aktif dalam pasukan perdebatan sekolahnya, di samping aktif dalam permainan ragbi dan bola sepak. Dia juga bergiat cergas dalam persatuan seperti Kelab Pemuda Malaya di Johor Bahru dan Majlis Belia Johor. Ketika masih di bangku sekolah, Musa pernah dilantik sebagai wakil Johor dalam persidangan World Association of Youth di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENULIS WARTAWAN | PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan. Mereka juga dikenal sebagai penulis wartawan-sasterawan. Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka. Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail, Ahmad Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali. Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran. | SASTERA | Karya |
SOENTING MELAJOE | SOENTING MELAJOE, akhbar mingguan wanita pertama diterbitkan di Sumatera Barat, Indonesia. Akhbar ini mula terbit pada 10 Januari 1912 di Padang. Penerbit dan pencetaknya ialah Snelpersdrukkerij Orang Alam Minangkerbau. Pemilik percetakan ini ialah Mahyuddin gelar Datuk Sutan Maharaja, seorang yang cergas dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar di Sumatera Barat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
LOGAN, J.R. | LOGAN, J.R. (1819-1869), penulis berbangsa Scot tetapi menetap dan Tanah Melayu. Dia lahir di Britain. Nama penuhnya ialah James Richardson Logan. Dia menerima pendidikan dalam bidang undang-undang dan bertugas sebagai peguam. Logan datang ke Tanah Melayu dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1839. Dia bergerak cergas dalam hal-ehwal kebajikan masyarakat di Pulau Pinang hingga akhir hayatnya. | BAHASA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas |
|
|