Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ARNOLD, MATTHEW | Arnold, Matthew (18221888) ialah salah seorang pemimpin cendekiawan di England pada zaman Victoria. Dia seangkatan dengan Lord Tennyson, Robert Browning, dan Gerard Manley Hopkins antara penyair teragung pada zaman Victoria. Arnold juga seorang pengkritik kesusasteraan Inggeris yang paling penting pada zamannya. Dia seorang pengkritik sosial yang utama dan menulis karya yang penting tentang agama dan pendidikan. | UMUM | |
AGOES SALIM | Agoes Salim (18841954), pejuang yang bergelar Pahlawan Nasional Indonesia dan cendekiawan. Agoes Salim ialah pengasas Partai Penyedar dan menjadi Menteri Luar Negeri (19471950). | UMUM | |
MUSLIM IBN UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY | Muslim ibn Uqbah ibn Rabah al-Murriy ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut serta dalam peperangan Siffin bersama-sama tentera Muawiyah dalam barisan tentera jalan kaki. Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn Muawiyah r.a. sebagai panglima umum untuk menundukkan penduduk Madinah yang memberontak terhadap Yazid serta penentangnya. Abu Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./ 683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam sejarah sebagai pertempuran al-Harrah. | UMUM | |
PANINI | Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun 500-an atau 600-an SM. | UMUM | |
RAJA ALI HAJI | RAJA ALI HAJI (1809-1871/72), penulis dan cendekiawan Melayu Riau, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raja Ali bin Raja Haji Ahmad. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Raja Ali Haji adalah daripada keturunan Daeng Bugis. Ayahandanya, Raja Ahmad (Engku Haji Tua), adalah adinda Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1805-1834). Dia dan keluarganya berpindah ke Pulau Penyengat. Dia digelar Engku Tua kerana jasanya kepada Raja Jaafar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AGUS SALIM | AGUS SALIM (1884-1954), ahli politik dan cendekiawan Islam Indonesia. Dia lahir pada 8 Oktober 1884 di Kota Gedang, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Horgere Burger School (HBS) dan kemudian dia belajar sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PPMM | PPMM, Persatuan Pengajian Melayu Malaysia, salah satu daripada 23 buah pertubuhan dan institut penyelidikan yang menjadi badan kerabat Kongres Cendekiawan Melayu. Persatuan ini ditubuhkan pada 16 Oktober 1977 sebagai memenuhi salah satu revolusi yang dicapai oleh Simposium Kesarjanaan Melayu yang berlangsung pada bulan April 1977. Penubuhan persatuan ini dirasmikan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA | PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau. Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973. Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara. Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat. | SASTERA | Karya |
PERTEMUAN DUNIA MELAYU | PERTEMUAN DUNIA MELAYU, perhimpunan cendekiawan dunia Melayu dari wilayah kepulauan Melayu. Pertemuan ini meliputi segala aspek budaya Melayu termasuk politik, sosioekonomi, agama, pelajaran, kesenian dan sebagainya. | SASTERA | Karya |
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD | SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam. Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah. Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani. Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut. Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya. Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah. Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |