Archipenko, Alexander (18871964) merupakan perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan bahawa ruang adalah sama penting dengan objek padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia menggabungkan bahan padu dan berongga mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi- segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk Dual (1955) dan Architectural Figure (1957). |