Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEJARAH | Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai kejadian masa lampau dan menyediakan catatan baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan maklumat tentang kejadian-kejadian dalam sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan benua, bandar, negara dan provinsi. | UMUM | |
TIGA CATATAN PERJALANAN | TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997. | SASTERA | Penerbitan |
DIARI | Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak gemar orang lain membaca diari mereka. | UMUM | |
PROTOKOL | Protokol ialah dokumen yang mengandungi catatan rundingan yang dijalankan oleh wakil-wakil diplomatik. | UMUM | |
WOODS, TIGER | Pemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006. | SUKAN | Tokoh |
PERLAK | PERLAK, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Nusantara, Perlak terletak di Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Sumatera, Indonesia. Menurut catatan sejarah, sebelum kedatangan agama Islam, Perlak diperintah oleh raja-raja keturunan Siam. Daripada catatan kitab Idhamul Hao karangan Abu Ishak al-Makarani, negeri Peureulak adalah sebuah negeri yang tertua di Sumatera dan namanya terkenal sepanjang abad di kalangan para pedagang dunia dari China, Arab, Parsi, Hindustan, Itali, Portugis dan lain-lain yang melalui Selat Melaka. Di Perlak juga suatu masa dahulu banyak terdapat kayu yang dikenal sebagai kayu peureulak, yang sangat baik untuk dijaikan bahan binaan kapal, perahu, sampan dan bahtera. Oleh sebab kayu ini banyak dieksport, dan sempena nama kayu tersebut, maka tempat itu pun dikenal sebagai negeri Perlak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
LANGKASUKA | LANGKASUKA, kerajaan Melayu yang tertua pernah wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut catatan China, Liang-shu, Langkasuka wujud sekitar abad ke-2 M. Hikayat Merong Mahawangsa mencatatkan bahawa kerajaan ini terletak di bahagian barat negeri Kedah, iaitu di sekolah kaki Gunung Jerai. Daripada catatan China dan Arab, juga gali selidik yang dijalankan, di dapati kedudukan Langkasuka lebih kurang 4 km dari pekan Yarang di tebing kanan Sungai Patani di selatan negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KUANTAN | Kuantan (pend. 220 000), ibu negeri Pahang Darul Makmur. Kuantan ialah salah sebuah bandar besar di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Daripada catatan sejarah, Kuantan telah wujud sebagai penempatan semenjak abad ke-12. | UMUM | |
KUALA TERENGGANU | Kuala Terengganu (pend. 272 300), ibu negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu ialah salah sebuah bandar besar yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Dari catatan sejarah, Kuala Terengganu telah wujud sebagai penempatan sekitar abad ke-14. | UMUM | |
NICOLET, JEAN | Nicolet, Jean (15981642) ialah penjelajah awal Perancis di Amerika. Ahli sejarah percaya bahawa dia merupakan orang Eropah yang pertama yang memudiki Tasik Michigan dan mengembara di wilayah yang kini dikenali sebagai negeri Wisconsin. Tidak banyak yang diketahui tentang penjelajahannya sehingga pada pertengahan tahun 1800-an apabila catatan perjalanannya di bahagian barat ditemui dalam Jesuit Relations. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata catatan |
|
|