Arnhem Land terletak di penjuru timur laut di Wilayah Utara Australia. Kawasan ini beriklim tropika. Caruk pasang surut mengalir melalui paya bakau dan hutan tebal di dataran pinggir laut yang menganjur dari 30 kilometer hingga 50 kilometer ke pedalaman. Sebuah dataran tinggi setinggi kira-kira 500 meter di atas aras laut di tengah kawasan ini belum diterokai. Untuk lokasi, lihat Wilayah Utara (peta politik). |