Serpentin ialah mineral yang mempunyai komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar. Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan seperti marmar. Serpentin demikian digunakan sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis serpentin berserat ialah jenis asbestos yang paling penting. Krisotil dilombong di Kanada, Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan. |