Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan, planet dan bintang kononnya berkaitan dengan kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola yang boleh menggambarkan watak atau masa depan seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi. Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang berasal lebih 2000 tahun dahulu. |