Sharp, Granville (17351813) ialah pemimpin gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang memutuskan bahawa hamba yang memasuki wilayah British adalah bebas secara automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan kempen menentang kumpulan yang menindas dan membantu menubuhkan Persatuan Bible British dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham, England. |