Mencukur bulu ialah menanggalkan bulu biri-biri atau haiwan berbulu sepertinya (lihat Bulu biri-biri). Di kebanyakan bahagian di dunia, biri-biri dicukur bulunya sekali setahun. Pencukur bulu cuba menanggalkan bulu sekeping-sekeping. Kebanyakan pencukur bulu moden menggunakan pengetam berkuasa elektrik untuk menanggalkan bulu. Mereka boleh melakukan kerja dengan pantas. Seorang pencukur bulu biri-biri yang pakar boleh mencukur bulu sehingga 200 biri-biri atau lebih dalam masa sehari. |