Menguap ialah perbuatan membuka mulut dengan luas, atau menganga untuk mengambil udara. Menguap biasanya disebabkan oleh mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur. Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan. Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut. |