Monggok ialah bonggol tanah atau batu yang menutupi tanah perkuburan purba. Ia dibina di Britain dari kira-kira pada tahun 2500 S.M. hingga awal zaman Saxon, iaitu kira-kira pada tahun 500 M. Tinggalan bonggol masih wujud di banyak bahagian Kepulauan British. Satu daripada yang terbesar ialah di Kennet Barat, di Wiltshire. Ia sepanjangnya 107 meter dan lebarnya 23 meter. |