Punch dan Judy ialah watak utama dalam sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di England . Punch ialah si bongkok yang berhidung bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali . Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat. |