Perubatan . Bidang perubatan merupakan sains dan kepakaran tentang kajian penyakit, penyembuhan serta pencegahannya. Perubatan boleh dianggap salah satu cabang ilmu kerana ia berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui kajian yang teliti dan uji kaji secara terperinci. Ia boleh dianggap satu seni kerana ia bergantung pada kemahiran para doktor atau sesiapa yang terlibat dalam perkhidmatan ini dalam menggunakan ilmu yang ada ketika merawat pesakit. |