Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OLIGARKI | Oligarki adalah sebarang jenis kerajaan yang kuasanya dipegang oleh beberapa orang sahaja. Oligarki boleh didapati dalam beberapa bentuk. Sesebuah republik mungkin merupakan oligarki jika hanya segelintir orang yang mempunyai hak mengundi. Sesebuah aristokrasi, yang pemerintahnya datang daripada anggota komuniti yang terbaik, juga merupakan satu bentuk oligarki (lihat Aristokrasi). Dalam kebanyakan oligarki, kumpulan yang memerintah mempunyai kuasa melalui kekayaan atau kuasa tentera. | UMUM | |
DAMAR | Damar ialah salah satu daripada beberapa jenis bahan melekat yang mempunyai pelbagai kegunaan dalam industri. Kebanyakan damar boleh didapati daripada tumbuhan. | UMUM | |
KETUMPATAN | Ketumpatan ialah jisim iaitu jumlah jisim dalam unit isi padu bagi mana-mana bahan. Ketumpatan bahan boleh didapati dengan membahagikan jisim dengan isi padunya. | UMUM | |
MAKMAL | Makmal ialah tempat yang dilengkapi dengan radas untuk menjalankan eksperimen, penyelidikan dan ujian saintifik. Banyak alat dan keluaran yang digunakan dalam kehidupan harian terhasil daripada kerja makmal. Ia termasuk enjin kereta, plastik, radio, fabrik sintetik, telefon, televisyen dan transistor. Makmal boleh didapati di universiti, institut penyelidikan, organisasi perindustrian dan jabatan kerajaan. Ia menjadi tempat latihan bagi ahli sains dan cara untuk menemui pengetahuan baharu. | UMUM | |
SYAIR MADI | SYAIR MADI, puisi Melayu tradisional, Syair ini dipercayai telah dikarang oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar, dari Riau. Beberapa versi daripada syair ini boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Nasional Jakarta dan Perpustakaan University Leiden. Versi di Perpustakaan Negara Malaysia diberi nombor MS 429. Naskhah ini tidak lengkap, ada bahagian yang hilang bahkan penyalinnya tidak menyelesaikan syair ini pada keseluruhannya. Naskhah di University Leiden, Belanda diberi nombor KL 131. | SASTERA | Konsep |
REBAB | REBAB, sejenis alat muzik tradisi Melayu yang bertali dua atau tiga dan tergolong dalam kategori kordofon (chordophone). Alat muzik ini dipercayai berasal dari Timur Tengah dan diperkenalkan di Alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Islam. Rebab boleh didapati di negeri-negeri Melayu khususnya di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand dan kepulauan Indonesia, tetapi bentuk dan ukurannya berbeza. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SOMPOTON | SOMPOTON, alat muzik tiupan yang dimainkan oleh semua kaum bumiputera Sabah, khususnya kaum Dusun Kadazan dan Murut. Selain di Malaysia, sompoton juga boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina serta negara lain seperti Laos dan Taiwan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PENDIDIKAN GURU | PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |
KANJI | Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu (tapioka). | UMUM | |
RUMPUT | Rumput adalah satu daripada famili yang paling besar dan paling pelbagai dalam alam tumbuhan. Sesetengah jenis rumput boleh didapati hampir di semua permukaan bumi. Rumput tumbuh di paya dan gurun; di kawasan kutub bawah sifar
123Selepas >
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh didapati |
|
|