Reuters ialah salah satu daripada agensi pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100 buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat korporat. Kepentingan mengawal dalam perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari beberapa buah negara, termasuk Great Britain, Ireland, Australia dan New Zealand. |