Taipan ialah ular yang paling besar dan berbisa yang paling ditakuti di Australia. Taipan adalah antara ular yang paling membawa maut di dunia. Ia boleh membesar lebih daripada tiga meter panjangnya, tetapi kebanyakannya kurang daripada dua meter panjangnya. Taipan berwarna perang pekat hingga hampir hitam di bahagian atasnya dan berwarna krim atau kuning berbintik-bintik jingga di bahagian bawahnya. Ia hidup di New Guinea dan di kebanyakan bahagian di Queensland dan di Arnhem Land di Australia. Ia didapati di pelbagai tempat, dari hutan pantai hingga ke pedalaman yang kontang. Seperti ular perang, tetapi tidak seperti lain-lain ular berbahaya di Australia, taipan bertelur. Ia memakan terutamanya reptilia dan mamalia kecil. Pengelasan saintifik. Taipan tergolong dalam famili Elapidae. Ia adalah Oxyuranus scutellatus . |