Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PLASMA | Plasma dalam fizik, ialah satu bentuk jirim yang terdiri daripada zarah atom yang bercas elektrik. Matahari dan bintang-bintang lain, serta kebanyakan objek lain di angkasa terdiri daripada plasma. Petir juga terdiri daripada plasma. | UMUM | |
EDDINGTON, SIR ATHUR STANLEY | Eddington, Sir Athur Stanley (18821944), ahli astronomi Inggeris, sejak awal telah berminat terhadap struktur alam semesta dan juga pergerakan dan susunan dalaman bintang-bintang. | UMUM | |
STRUVE, OTTO | Struve, Otto (18971963) ialah ahli astranomi Amerika yang banyak menyumbangkan kajian tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve banyak membuat kajian tentang bintang dedua spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya dapat dikenal dengan menganalisis spektrum cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan berkitar garis spektrumnya daripada gelombang biru kepada gelombang merah dan kemudiannya berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang (Bintang dedua). | UMUM | |
ALMANAK | Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan mengenai populasi, industri dan pengeluaran ladang. | UMUM | |
SHAPLEY, HARLOW | Shapley, Harlow (18851972) ialah ahli astronomi Amerika. Dia menjalankan kajian penting mengenai kepelbagaian bintang (bintang yang berubah sinarnya), dan kumpulan bintang berbentuk sfera yang sering kali berlaku. Kajiannya tentang kumpulan bintang ini, dinamakan globular clusters , menyumbang pengetahuan mengenai Bima Sakti dan galaksi yang lain, seperti Awan Magellenic. | UMUM | |
SURAH AL-BURUJ | Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang) kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan perkataan tersebut. Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud, iaitu kisah pengorbanan diri demi mempertahankan akidah dan iman. | UMUM | |
BINTANG UTARA | | UMUM | |
BINTANG TETAP | | UMUM | |
BINTANG SENJA | | UMUM | |
BINTANG RAPUH | | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang |
|
Puisi |
---|
|
Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata.
Lihat selanjutnya... |
|