Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 40 ayat. Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat yang berlaku pada hari tersebut. Firman Allah S.W.T. bermaksud: Maka apabila pemandangan menjadi bingung (kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan dikumpulkan matahari dan bulan. (Surah al-Qiyamah 75:79) |