Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SURAH AL-HUJURAT | Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik) kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang suci. | UMUM | |
SAUNA | Sauna ialah sejenis permandian khas untuk membersihkan badan dan bersantai. Ia mengeluarkan peluh melalui kaedah wap. Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun. Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat peranginan. | UMUM | |
SALON | Salon, merujuk kepada sejenis bilik dan kegiatan- kegiatan tertentu yang berlaku di dalam bilik tersebut. Perkataan salon berasal daripada perkataan Perancis lama sale , yang bermaksud dewan besar . | UMUM | |
KATAKOM | Katakom ialah sistem laluan atau bilik bawah tanah yang pernah digunakan sebagai tempat pengebumian. Katakom yang paling terkenal terletak di pinggir bandar raya Rom. Orang Kristian awal menebuk katakom ini dalam batu tufa yang lembut pada tahun 200-an dan 300-an. Katakom membentuk satu rangkaian koridor dan bilik yang bersambung meliputi lebih kurang 240 hektar. | UMUM | |
AMBAL DAN PERMAIDANI | Ambal dan permaidani ialah fabrik yang digunakan sebagai hamparan. Ia menambah kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan. | UMUM | |
ATRIUM | Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan yang digunakan untuk memasak, tidur dan berhibur. Satu lubang di tengah-tengah bumbung membolehkan asap keluar. Apabila reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju, dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk melalui lubang di tengah-tengah bumbung ditadah dalam besen marmar yang dikenali sebagai impluvium. A trium orang Rom yang tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah. Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom). | UMUM | |
THE BLACK HOLE OF CALCUTTA | Bilik (penjara) kurungan bawah tanah yang tereletak di fort William, milik Syarikat Hindia Timur British di Calcutta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MAGAZIN | Magazin ialah istilah ketenteraan dan angkatan laut bagi bangunan yang dilindungi ataupun bilik simpanan senjata. Istilah ini, berasal daripada perkataan Arab yang bererti rumah stor. Lelopak peluru untuk senapang yang boleh menembak secara berulang-ulang, atau mesingan juga dinamakan magazin. | UMUM | |
MENELAAH PELAJARAN | Menelaah pelajaran ialah usaha untuk mempelajari sebarang mata pelajaran. Menelaah ialah bahagian penting dalam pembelajaran kerana sebahagian besar pencapaian di sekolah, sebahagian besarnya bergantung kepada beberapa banyak yang telah ditelaah. Seseorang tidak boleh mengharapkan mempelajari semua yang perlu diketahui tentang sesuatu mata pelajaran daripada guru di dalam bilik darjah. Menelaah di luar bilik darjah juga perlu dibuat. Gabungan pembelajaran di bilik darjah dan menelaah pelajaran di luar bilik darjah dapat menentukan sejauh mana pencapaian seseorang di sekolah. Menelaah menjadi semakin penting apabila seseorang meneruskan pelajaran dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dan seterusnya ke kolej. | UMUM | |
MENGELE, JOSEF | Mengele, Josef (19111979) ialah doktor Jerman yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia II (19391945). Dia juga melakukan ujian yang zalim ke atas banduan, dengan tujuan menghasilkan satu bangsa yang mempunyai rambut perang dan bermata biru. Para banduan menggelarkannya sebagai Malaikat Maut. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik |
|
Puisi |
---|
|
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 368 Many a mickle makes a muckle Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|