Siri dalam matematik, ialah jumlah urutan sesuatu bilangan. Contohnya, set nombor 2, 4, 6, 8, 10 membentuk satu urutan. Jika anda menambah nombor ini, ia membentuk siri 2 + 4 + 6 + 8 + 10. Satu urutan boleh merupakan mana-mana set sebutan (ungkapan nombor atau algebra) yang disusun dalam tertib tertentu. Satu contoh urutan yang mempunyai sebutan algebra ialah a, ar, ar², ar³, ar4. Siri berkaitan ialah a + ar + ar² + ar³ + ar 4. Satu siri seperti ½ - . mengandungi sebutan positif dan negatif. |