Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TENDON ACHILLES | Tendon Achilles ialah tendon di belakang pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket. Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon. | UMUM | |
BUKU LALI | Buku lali ialah sendi yang menyambungkan betis dengan kaki. Sendi ini membolehkan kaki bergerak naik turun. | UMUM | |
PATUKAN ULAR | Patukan ular. Biasanya ular ialah haiwan pemalu dan hanya mematuk manusia jika diganggu atau terpijak. Oleh itu, kebanyakan patukan ular adalah pada kaki atau betis, dan tidak banyak pada lengan atau tangan. | UMUM | |
MAH MERI | MAH MERI, suku kaum Orang Asli daripada kelompok Senoi. Mah Meri bermaksud orang daratan. Mah bermaksud orang dan Meri bermaksud darat atau daratan. Suku kaum ini dikenal juga sebagai Ma Betisék. Masyarakat ini menuturkan bahasa daripada rumpun Astroasiatik dan mereka mendiami pesisir pantai negeri Selangor khususnya di Pulay Carey. Mengikut banci 1991, masyarakat ini berjumlah 1778 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
GUA CHA | GUA CHA, gua yang diduduki oleh masyarakat Hoabinhian lebih kurang 10 000tahun dahulu. Gua ini terletak di tebing utara Sungai Nenggiri di pedalaman Hulu Kelantan, lebih kurang 16 km ke hilir Kampung Kuala Betis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TANJUNG PAGAR | TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu. Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak. Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak. Benteng pisang yang merupakan `pagar ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar. Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang. Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata betis |
|
Puisi |
---|
|
Mengeting kaki mengeting betis, Seperti benang sudah diisi; Dipandang jauh cantikmu alis, Gambar adik terkenang hati.
Lihat selanjutnya... |
|