Planet adalah salah satu daripada sembilan objek besar yang beredar mengelilingi matahari. Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto. Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun 1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan matahari berbanding dengan Neptun. Matahari, planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain yang dikenali sebagai asteroid, komet dan meteoroid membentuk sistem suria . |