Semmelweis, Ignaz Philipp (18181865) ialah doktor Hungary yang pertama menggunakan kaedah antiseptik secara meluas ketika kelahiran bayi. Di Hospital Besar Vienna, dia menyedari bahawa demam nifas yang biasanya membunuh 12 orang daripada setiap 100 orang ibu, adalah penyakit berjangkit dan doktor sendiri menyebabkan penyakit ini merebak jika mereka tidak membasuh tangan semasa merawat pesakit. Semmelweis dicemuh kerana ideanya yang tidak masuk akal, tetapi dia tetap dengan pendiriannya dan pada tahun 1860 menerbitkan karya klasiknya, berjudul The Etiology, Concept and Prophylaxis of Childbirth Fever . Penentang idea ini menyerangnya sekeras-kerasnya, dan pertelingkahan ini akhirnya menyebabkan Semmelweis diserang sakit mental. Pada tahun kematian Semmelweis, Joseph Lister mencuba operasi antiseptik yang pertama dan tidak lama kemudian disahkan bahawa hipotesis Semmelweis adalah benar. Semmelwies lahir di Budapest. |