Mencius (390? S.M.305? S.M.) ialah ahli falsafah Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat sesebuah negara mempunyai alasan apabila menggulingkan atau malahan membunuh raja yang zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa. Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin merupakan koleksi ajarannya. |