Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak- kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh dunia bermain dengan mainan yang serupa, seperti bola, anak patung, permainan dan mainan teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga boleh menolong mereka belajar dan membina kemahiran khas. |