Zuhal ialah planet kedua terbesar selepas Musytari. Zuhal mempunyai tujuh lingkaran nipis yang rata di sekelilingnya. Lingkaran ini terdiri daripada lingkaran-lingkaran kecil yang mengandungi zarah-zarah ais yang bergerak mengelilingi planet tersebut. Lingkaran yang bersinar-sinar itu menjadikan Zuhal antara objek yang paling menarik dalam sistem suria. |