Plath, Sylvia (19321963) ialah penyair dan penulis fiksyen Amerika. Penulisannya menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih. Penulisannya amat bersimpati terhadap penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis, orang yang sukar menyesuaikan diri, dan pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh sejak tahun 1940-an. |