Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran berlebihan tisu penghubung berserabut pada dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul selepas kulit cedera akibat laserasi atau pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan spontan. Keloid boleh dibuang melalui pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula beberapa minggu atau bulan kemudian. |