| Avoirdupois ialah sistem timbangan untuk barang dagangan biasa yang agak besar, seperti batu arang, bijirin, atau bahan makanan. Sistem ini telah digunakan di Komanwel British dan Amerika Utara, tetapi sebahagian besarnya telah digantikan dengan sistem metrik. Perkataan  avoirdupois  berasal dari perkataan Perancis bermakna  barang-barang   berat  . Asas sistem ini ialah paun, yang bersamaan dengan 0.45 kilogram. Satu paun avoirdupois mengandungi 7000 grain. Ia dibahagikan kepada 16 auns, setiap auns bersamaan dengan 16 dram. Paun Troy dan apotekari, digunakan untuk menimbang logam berharga dan permata, yang bersamaan dengan 0.37 kilogram, dan mengandungi 5760 grain. Paun ini dibahagikan kepada 12 auns. Dalam sistem yang menggunakan paun, berat grain adalah sama  65 miligram.  Rencana berkaitan dalam  Ensiklopedia Dunia  termasuk: Auns Paun Berat Timbangan dan ukuran |