Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ASAD, NASIR AL-DIN AL- | Asad, Nasir al-Din al- (1923 ), sasterawan, sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar al-Aqabah, Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943. Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun 1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al- Azhar. | UMUM | |
ZARQA, MUSTAFA AHMAD AL | Zarqa, Mustafa Ahmad al- ( ?1325 H/ ? 1907) ialah tokoh politik Syria dan pakar dalam bidang syariah dan undang-undang serta ahli akademik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar Halab dan pernah belajar ilmu syariah dengan bapanya dan beberapa orang tokoh agama pada zamannya. | UMUM | |
MENGEMBARA BERJALAN KAKI | Mengembara berjalan kaki ialah senaman yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur menggemari sukan ini yang dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun hingga beberapa minggu. Ramai pengembara yang berpengalaman mendapat kepuasan jika pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba, di taman negara atau di hutan. Namun begitu, ramai orang lebih suka mengembara di kawasan taman yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka, malahan juga di kaki lima. | UMUM | |
SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU | SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU, pusat latihan persediaan perguruan pertama di Kelantan. Sekolah latihan perguruan ini ditubuhkan pada tahun 1926. Dua orang guru berpengalaman dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dipinjamkan untuk mengajar di sekolah ini. Mereka ialah Arshad bin Talib dan Ujang bin Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN | MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN ( ? -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU | LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpengalaman |
|
|