Makanan adalah satu daripada keperluan kita yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk segala-gala yang kita lakukan berjalan, bercakap, bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas. Makanan juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar untuk berfungsi. Di samping itu, makanan membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan untuk mengawal organ dan sistem badan. |