Perang Vietnam ialah konflik besar yang berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula daripada perang saudara untuk menentukan kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika Syarikat dalam peperangan yang paling lama pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975. Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara, telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh pihak komunis bertempur bersama-sama untuk menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang mereka tetapi gagal. |