Revolusi Amerika (17751783) telah melahirkan sebuah negara baru, Amerika Syarikat. Revolusi yang juga dikenali sebagai Perang Revolusi Amerika, berlaku di antara Great Britain dengan 13 tanah jajahan yang terletak di sepanjang Lautan Atlantik di Amerika Utara. Tanah jajahan itu ialah Connecticut, Delaware, Georgia, Maine, Maryland, Massachusetts, New Hampshire, New Jersey, New York, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont, dan Virginia. Peperangan itu bermula pada 19 April 1775, ketika askar British dan para revolusi Amerika bertembung di bandar Lexington dan Concord, Massachusetts. Peperangan itu berlarutan selama lapan tahun. Pada 3 September 1783, Britain dan Amerika Syarikat telah menandatangani Perjanjian Paris, yang mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat. |