Revolusi Perancis membawa perubahan besar dalam masyarakat dan kerajaan Perancis. Revolusi ini yang berlanjutan dari tahun 1789 hingga tahun 1799, juga membawa kesan yang menjangkau jauh ke negara Eropah yang lain. Revolusi ini memperkenalkan prinsip demokrasi kepada Perancis tetapi tidak mengubah negara itu menjadi negara demokrasi. Walau bagaimanapun, revolusi ini menamatkan sistem pemerintahan tertinggi oleh raja Perancis dan memperteguhkan golongan kelas pertengahan. Selepas revolusi ini bermula, raja, golongan bangsawan atau golongan yang mempunyai keistimewaan yang lain tidak lagi boleh menganggap kuasa mereka tidak akan tergugat ataupun tidak mengendahkan prinsip kebebasan dan kesamaan. |