Abu Zayd al-Ansariy ( ?251 H./ ? 830 M.), pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera dan bahasa. Nama penuhnya ialah Said ibn Aws ibn Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal. Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru dengan Abu Amru ibn al-Ala, Ruyah ibn al-Ajaj, Amru ibn Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu Ubayd al-Qasim ibn Salam, Umar ibn Shubbah dan sekumpulan tokoh lain. Abu al-Abbas pernah berkata, Abu Zayd seorang yang berkebolehan dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa, namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu. Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan ilmu nahu. |