Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap) kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir dengan mengazabkan mereka dengan kemarau dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan mereka asap tebal yang menyebabkan mereka hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah menyelamatkan mereka dengan berkat doanya. |