Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BERJAYA | BERJAYA, parti politik. BERJAYA ialah singkatan bagi Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah. BERJAYA ditubuhkan pada 15 Julai 1975 oleh bekas pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
NOLAN, SIR SIDNEY | Nolan, Sir Sidney (19171992), pelukis terkemuka Australia, yang terkenal dengan siri lukisan pengawal hutan, Ned Kelly. Nolan memulakan lukisan tentang Kelly pada tahun 1940-an. Pelukis yang terdahulu mencuba tema ini, namun tiada satu pun yang berjaya. Nolan berjaya dengan cara yang sungguh menarik dan menakjubkan. | UMUM | |
MENELAUS | Menelaus, raja Sparta, ialah suami kepada Helen of Troy. Paris, putera Trojan, berjaya meyakinkan Helen untuk melarikan diri bersamanya ke Troy. Menelaus bersama saudara lelakinya, Agamemnon, mengumpulkan askar dan menyerang Troy. Selepas 10 tahun, mereka menawan bandar tersebut dan Menelaus berjaya menemui semula Helen. Mereka berdua mengembara selama lapan tahun dan akhirnya sampai di Sparta. Lihat juga Helen of Troy. | UMUM | |
MOSHOESHOE | Moshoeshoe (1786?1870) ialah raja Afrika yang berjaya menyatukan orang Sotho di selatan Afrika. Baginda mengumpulkan lebih daripada 150 000 orang daripada pelbagai puak yang berlainan, dan menyatupadukan mereka. Baginda menubuhkan kerajaan di pergunungan yang dikenali Republik Lesotho. | UMUM | |
PILLAY, NARIANA | Pillay, Nariana ( ? ? ) ialah ahli perniagaan India yang pertama berjaya di Singapura. Dia lahir dalam keluarga Hindu di Pulau Pinang. Dia bertugas sebagai kerani dan tiba di Singapura pada bulan Jun 1819, bersama-sama Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden. | UMUM | |
MÖRIKE, EDUARD | Mörike, Eduard (18041875) ialah penyair lirik Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya Mörike banyak yang membayangkan suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah lampu usang dalam rumah musim panas, atau sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di satu sudut. | UMUM | |
PIGGOT, LESTER | Piggot, Lester (1935 ), salah seorang joki British yang paling berjaya. Dia terkenal dengan keupayaannya menghabiskan perlumbaan dalam masa yang tepat. Dia merupakan juara joki pada tahun 1960 dan setiap tahun bermula dari tahun 1964 hingga tahun 1971. | UMUM | |
KELUARGA SIDEK | Keluarga Sidek ialah ahli Keluarga Dato Sidek yang berjaya dalam arena badminton. Anak-anak Dato Sidek terdiri daripada Misbun, Razif, Jalani, Rahman, Rashid, dan Zamaliah. | UMUM | |
ARCHER, FRED | Archer, Fred (18571886) ialah salah seorang daripada joki yang amat berjaya di United Kingdom. Dia memenangi 2748 perlumbaan. Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun 1885, apabila dia memenangi perlumbaan Guinea, Oak, Derby, St. Leger dan Grand Prix de Paris. | UMUM | |
STEWART, JACKIE | Stewart, Jackie (1939 ), salah seorang pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya. Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969, tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara pada tahun 1968 dan tahun 1972. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjaya; |
|
Puisi |
---|
|
Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya.
Lihat selanjutnya... |
|