TASS ialah agensi berita yang penting di Kesatuan Soviet dari tahun 1925 hingga negara itu berpecah pada tahun 1991. TASS adalah salah satu daripada perkhidmatan berita yang terbesar di dunia. Agensi yang beribu pejabat di Moscow ini mengumpul dan menyebarkan berita di seluruh Rusia dan dunia. TASS ialah singkatan bahasa Rusia untuk Agensi Telegraf Kesatuan Soviet. Agensi ini mempunyai beribu-ribu orang wartawan, editor dan jurufoto di lebih daripada 100 buah negara. Ia menyediakan laporan dalam enam bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia dan Sepanyol. Negara-negara lain bergantung kepada TASS untuk berita dari Kesatuan Soviet, walaupun kerajaan mengawal ketat liputannya. |