Prinsip Bernoulli juga dikenali sebagai hukum Bernoulli atau teorem Bernoulli , menyatakan bahawa tenaga terabadi dalam bendalir (cecair atau gas) yang bergerak. Jika bendalir itu bergerak dalam arah mendatar, tekanan berkurangan apabila kelajuan bendalir meningkat. Jika kelajuan berkurangan, tekanan meningkat. Misalnya, air bergerak lebih laju melalui bahagian yang sempit dalam paip mendatar daripada melalui bahagian yang lebih lebar. Prinsip Bernoulli menjangkakan bahawa tekanan akan menjadi paling rendah apabila kelajuan paling laju. Prinsip Bernoulli dinamakan sempena nama Deniel Bernoulli (17001782), ahli matematik, Switzerland. |