Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia (peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang 240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass, termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat ini dinamakan sempena nama George Bass, yang belayar melaluinya bersama-sama Matthew Flinders pada tahun 1798. |