Taman bimbingan kanak-kanak ialah sekolah yang khusus bagi kanak-kanak yang berumur tiga atau empat tahun. Kanak-kanak ini belajar melalui pelbagai permainan dan aktiviti yang diselia oleh guru-guru yang dilatih khas. Taman bimbingan kanak-kanak, juga dipanggil prasekolah, membantu kanak-kanak membina kemahiran intelektual dan fizikal serta belajar menyesuaikan diri sebagai ahli sesuatu kumpulan. Sekolah ini juga mengajar aspek penjagaan kesihatan yang baik dan amalan keselamatan serta menggalakkan mereka berdikari. |