Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ENDIVE | Endive ialah sayur berdaun yang berkait rapat dengan cikori. Ia tumbuh liar di Hindia Timur, tetapi ditanam di bahagian lain di dunia. | UMUM | |
TELINGA GAJAH | Telinga gajah ialah tumbuhan berdaun besar yang berbentuk seperti telinga gajah atau perisai. Terdapat dua spesies biasa. Di Pasifik Selatan, satu jenis telinga gajah dimakan ubinya seperti kentang dan ia dikenali juga sebagai taro, eddo, dan dasheen . Telinga gajah yang ditanam di batas bunga adalah serupa, tetapi ia mempunyai akar yang lebih kecil dan daun yang lebih cantik. Lihat juga Taro . Pengelasan saintifik. Telinga gajah tergolong dalam famili arum, Araceae. Jenis hiasan ialah Colocasia antiquorum . | UMUM | |
KOTILEDON | Kotiledon ialah bahagian berdaun pada embrio tumbuhan. Embrio ialah bahagian biji yang daripadanya membesar tumbuhan yang matang. | UMUM | |
SANSEVIERIA | Sansevieria ialah nama bagi 50 spesies tumbuhan berdaun berisi yang berkaitan dengan agave. Satu daripada spesiesnya yang dikenali sebagai Lidah ibu mertua , adalah tumbuhan rumah yang popular yang mempunyai spika lebih kurang 45 sentimeter panjangnya yang bertepi kuning keemasan. Sansevieria tumbuh di kawasan tropika yang kering di Afrika, Madagaskar dan selatan Asia. Daun beberapa spesies membekalkan serat untuk dibuat kasut, jala ikan, tali, dan layar. Pengelasan saintifik. Sansevieria tergolong dalam famili Agavaceae, genus Sensevieria . Lidah ibu mertua ialah S. trifasciata . | UMUM | |
MUSTARD | Mustard ialah nama satu famili tumbuhan tahunan, berdaun yang tumbuh di kawasan sederhana. Serbuk yang dibuat daripada biji jenis mustard tertentu digunakan dalam kuah salad, untuk memperasa daging, dan untuk menyediakan acar dan sesetengah jenis ikan. | UMUM | |
MERANTI | Meranti ialah sejenis pokok hutan yang tinggi, besar, berdaun tunggal dan agak kecil, tetapi bahagian hujungnya, biasanya kembang, dan batang bawahnya berbanir. Kayu meranti digunakan untuk membuat rumah dan bangunan. Manakala sesetengah jenis meranti pula dapat menghasilkan damar dan tengkawang. | UMUM | |
PURSLANE | Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata. Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar. Bunganya berwarna kuning dan kembang pada waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya di Eropah. Di samping itu, purslane biasa digunakan di India dan China sebagai herba ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk membantu menyembuhkan ulser dan luka . Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah Portulaca oleracea . | UMUM | |
LILI EASTER | Lili Easter ialah sejenis pokok bunga yang tinggi berdaun panjang dan tajam. Bunga ini menjadi simbol Easter. Bunga lili besar, wangi, berbentuk trompet dan berwarna putih lilin. | UMUM | |
ALOE | Aloe ialah nama kumpulan yang terdiri daripada melebihi 200 tumbuhan berdaun tebal yang berasal daripada Timur Tengah, Madagascar, dan selatan Afrika. Ia sering ditanam di kawasan beriklim panas. Aloe berkaitan dengan lili, walaupun kedua-duanya sangat berbeza dari segi rupa. | UMUM | |
DIKOTILEDON | Dikotiledon ialah sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai dua kotiledon (bahagian berdaun di dalam setiap biji). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaun |
|
Puisi |
---|
|
Kalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti.
Lihat selanjutnya... |
|