Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada  terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota  famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan  sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah  antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang  lain ialah bindweed, bunga bulan, scammony dan  keledek. Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek  yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga  hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan  untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi  taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti  hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan  mempunyai pelbagai warna dan campuran warna  ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang  harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam  cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh  direndam dalam air semalaman untuk melembutkan  selaput bijinya dan memudahkannya bercambah.  Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18  sentimeter diameternya. Bunganya berwarna  bercampur-campur warna samar dan ungu.  |