Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang atau planet, maka lebih rendah nombor magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M., Hipparchus mengelaskan bintang mengikut kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar sebagai bintang magnitud keenam. |