Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KANAK-KANAK BERBAKAT | Kanak-kanak berbakat merupakan golongan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan otak yang tinggi ataupun mempunyai daya kreatif yang luar biasa atau kedua-duanya dalam satu ataupun dua bidang. | UMUM | |
MENUHIN, SIR YEHUDI | Menuhin, Sir Yehudi (19161999), pemain violin Amerika yang sangat berbakat luar biasa semenjak kanak-kanak lagi. Dia menggalakkan gubahan muzik kontemporari serta menghidupkan semula muzik zaman lampau yang telah terpinggir tetapi bernilai. Dia menggabungkan gaya muzik klasik yang telah dipelajarinya pada peringkat awal, dengan muzik jaz, muzik dari India, serta dari negara-negara lain. | UMUM | |
SARDOU, VICTORIEN | Sardou, Victorien (18311908) ialah salah seorang daripada penulis drama Perancis yang berjaya pada zamannya. Dia juga berbakat menulis komedi ringan ( A Scrap of Paper, 1860), melodrama ( La Tosca, 1887) dan drama sejarah ( Madame SansGêne, 1893). Karya Sardou adalah contoh drama yang baik yang dibina dengan berhati-hati berdasarkan formula yang menjadikan plotnya jelas dan teratur tetapi tidak mengandungi makna yang mendalam. Kebanyakan karya Sardou ditulis untuk pelakon wanita Perancis Sarah Bernhardt. Dia lahir di Paris. | UMUM | |
DICKINSON, EMILY | Dickinson, Emily (18301886) ialah pemuisi wanita Amerika. Dickinson dan Walt Whitman dianggap dua orang pemuisi yang berbakat dalam kesusasteraan Amerika. | UMUM | |
DAMROSCH | Damrosch ialah nama keluarga bagi seorang bapa dan anaknya yang menghabiskan usia mereka untuk memperkenalkan orang Amerika kepada muzik yang sebenar. Mereka berasal daripada keluarga yang berbakat dalam muzik Jerman. | UMUM | |
ABELARD, PETER | Abelard, Peter (10791142) ialah tokoh falsafah dan ahli teologi pada Zaman Pertengahan. Tetapi dia lebih terkenal kerana hubungan cintanya dengan seorang wanita muda bangsa Perancis yang berbakat, bernama Heloise. Abelard lahir berhampiran dengan Nantes, Perancis. Bapanya, seorang bangsawan, merancang kerjaya dalam tentera untuknya, namun Abelard memilih untuk menjadi seorang ilmuan. Dari tahun 1113 hingga tahun 1118, dia mengajar ilmu teologi di Paris. Di sini dia mengasaskan dua sekolah, yang seterusnya berkembang menjadi University of Paris. | UMUM | |
MINGGU PENULIS REMAJA | Minggu Penulis Remaja, program penulisan yang diadakan khusus untuk membimbing para remaja yang berbakat dalam penulisan. | SASTERA | Kegiatan |
SANTOS-DUMONT, ALBERTO | Santos-Dumont, Alberto (18731932) ialah perintis penerbangan untuk pesawat yang lebih ringan daripada udara dan juga lebih berat daripada udara. Dia menggunakan kekayaannya untuk memajukan penerbangan dan membantu pereka yang berbakat. | UMUM | |
ACARA TERJUN | Acara terjun ialah sukan air yang menarik. Seseorang penerjun melompat dari papan anjal atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air. Tidak seperti renang, acara terjun menekankan teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan. Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan dan keindahan dengan keberanian semasa berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya melakukan terjun ke dalam air dengan deburan yang minimum. | UMUM | |
SUCKLING, SIR JOHN | Suckling, Sir John (16091642) ialah anggota Cavalier poets yang paling terkenal, iaitu kumpulan yang berkait rapat dengan istana Raja Charles I dari England. Dalam komedinya yang masyhur, The Way of the World (1700), William Congreve menamakan pemuisi ini Suckling yang berbakat dan tidak serius. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbakat |
|
|