Anderson, Dame Judith (18361917), dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita yang paling berjaya dalam teater berbahasa Inggeris. Dia merupakan pelakon watak dan boleh membawa peranan emosional dengan sangat baik. Dia memainkan pelbagai watak di pentas, dalam filem, dan televisyen. Kejayaannya yang paling cemerlang termasuklah peranannya dalam Strange Interlude, Mourning Becomes Electra, Macbeth, dan Medea, dan filem Rebecca dan Kings Row . Nama sebenarnya Frances Margaret Anderson-Anderson di Adelaide, Australia. Dia buat pertama kali membuat persembahan di New York pada tahun 1918. Dia dianugerahi Dame Commander in the Order of the British Empire pada tahun 1960, dan merupakan pelakon wanita yang pertama diberi penghormatan yang begitu tinggi. |