Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah Uthman ibn Affan. Perang ini berlaku selepas perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab berlakunya perang ini ialah Sayidina Ali ibn Abu Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir yang dilantik oleh Khalifah Uthman ibn Affan berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka yang dipecat ialah Muawiyah ibn Abi Sufyan yang merupakan orang yang bersungguh-sungguh menuntut bela atas pembunuhan Khalifah Uthman. Setelah Muawiyah tetap dengan penentangannya terhadap Ali, dia berazam untuk memeranginya. Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin, lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari. |