Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DAENG MENAMBON | DAENG MENAMBON (? - ?), Raja Mempawah (Kalimantan Barat), putera Opu Tendribureng Daeng Rilaka yang kedua. Daeng Rilaka ialah sepupu Raja Bone (Arumpone), di Sulawesi Barat Daya. Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi dan mengembara ke tanah barat pada akhir abad ke-17. Pada waktu itu, Sultan Muhammad Zainuddin Raja Matan (daerah di pantai Kalimantan Barat), dipaksa oleh adiknya meninggalkan kerajaannya. Sultan Muhammad Zainuddin meminta bantuan putera Daeng Rilaka, Raja Bugis berlima saudara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN | SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN ( ? 1933), Raja Patani (1898 1902). Baginda menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Sarifuddin yang mangkat pada tahun 1898. Setelah sebulan dilantik sebagai Raja Patani, Sultan Abdul Kadir ke Bangkok untuk mendapat pengiktirafan daripada Raja Chulalongkorn, Raja Siam, tetapi gagal. Sultan Abdul Kadir berangkat ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, bagi mendapat sokongan British untuk membebaskan Patani dari Siam. Usaha baginda gagal kerana British tidak mahu memburukkan hubungan antara kerajaan British dengan kerajaan Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN FATIMAH | TUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka. Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik. Mengikut Sejarah Melayu, kecantikan Tun Fatimah seperti ... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca. Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir. Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik. Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DAENG CELAK | DAENG CELAK (? -1745), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang kedua dengan gelaran Sultan Alaudin Syah ibn Opu (m.m. 1728). Dia juga disebut Daeng Pali, putera keempat Opu Tendribureng Daeng Rilaka, anak saudara Arumpone, Raja Bone. Pada akhir abad ke-17, Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi mengembara ke tanah barat dengan puteranya berlima saudara. Pada waktu itu, Daeng Celak masih muda. Pada tahun 1722, Daeng Marewah, abang Daeng Celak, dilantik oleh Sultan Sulaiman dari kerajaan Johor sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor. Pada waktu yang sama, Daeng Celak telah dinikahkan dengan Tengku Mandak, saudara Sultan Sulaiman. Daeng Celak dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor apabila Daeng Marewah meninggal dunia pada tahun 1728. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN BADLISHAH | Kapsyen : Sultan Badlishah SULTAN BADLISHAH (1894-1958), Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958). Baginda diputerakan pada 17 Mac 1894, di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdul Hamid dengan bondanya Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Diraja, di Bangkok, Thailand. Pada tahun 1912, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berangkat |
|
Puisi |
---|
|
Air pasang berangkat ke hulu, Datanglah ubi hanyut melintang; Kalau kukenang masa yang lalu, Makan kelubi serasa pinang.
Lihat selanjutnya... |
|