Muhammad bin Tughluq (12901351) merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti itu memerintah hampir keseluruhan subbenua India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda membesar menjadi orang yang beradab, toleran dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam. |